Kebahagiaan

Tuesday, November 9, 2010

Apa itu kebahagiaan?
Bagaimana kita mahu kecapi kebahagian?
Dimana kita akan temui kebahagian?
Siapakah yang akan beri kebahagian kepada kita?

Susah untuk mempersoalkan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata yang kasar. Susah untuk membuktikan bagaiman rupa parasa kebahagian itu. Rumit bukan?

Salah satu impian saya adalah untuk mencari kebahagian di dalam hubungan kekeluargaan, dalam hidup berpasangan, dalam kerjaya, dan dalam persahabatan. Alhamdulillah, saya merasai kesemuanya. Berkat kesabaran dan doa, Allah murahkan rezeki saya untuk merasai nikmat Allah yang satu ini.

Lebih utama, ‘karya’ saya ini mengenai mencari kebahagian untuk sahabat-sahabat saya. Siapa saya untuk tentukan kebahagian seseorang, betul tak? Tetapi tidak salah kalau saya mencuba untuk memebantu dan menyatukan sahabat-sahabat saya di dalam mencari kebahagian mereka.

Wahai sahabatku, bukakanlah pintu hatimu untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidupmu. Jika kau masih menunggu seseorang, maka fikirkanlah adakah ianya berbaloi untuk kau terus menunggu. Adakah orang yang ditunggu itu sedang menunggumu juga?

Wahai sahabatku, jika kau mahukan perubahan dalam hidupmu, jangan kau menoleh ke belakang mengenang masa yang telah lalu. Jika kau toleh, langkahmu yang sedang maju akan terhalang oleh tolehanmu. Pesan pada dirimu, jangan toleh ke belakang jika kebahagian yang kau cari. Fikirlah adakah ianya berbaloi untuk kau mengenang masa yang lalu.

Wahai sahabatku, kita merupakan hamba kepada Yang Maha Esa. Jika kita ditimpa masalah ianya adalah dugaan dari-Nya. Maka kepada Allah jugalah untuk kita meminta pertolongan, petunjuk dan perlindungan. Ingatlah wahai sahabat, Allah tidak mengecewakanmu. Malah Allah menyediakan ganjaran yang maha hebat untukmu jika kau tempuhi dugaan-Nya dengan redha, sabar dan tabah.

Wahai sahabatku, kebahagian yang kau cari kadang-kadang bukan yang tersedia ada didepan matamu. Carilah di setiap pelusuk, cari dengan tenang. Kebahagian yang kau cari kadang-kadang ada didepan matamu tanpa kau sedar. Lihat sedalam mungkin, fikir sejauh mungkin, berilah peluang pada dirimu sendiri untuk merasai kebahagian.

Wahai sahabatku, jangan kau tutup pintu hatimu untuk menerima lain daripada yang lain. Jangan kau sempitkan pemikiranmu. Bandingkan masalahmu dengan masalah orang lain. Kelak kau akan dapati, masalahmu tidak seberat yang lain.

Wahai sahabatku, sayangilah dirimu. Ingatlah, dugaan dan ujian yang datang hanyalah untuk menjadikan kau insan yang lebih baik disisi Allah Yang Maha Esa. Pasti ada hikmah diatas dugaan dan ujian yang datang itu.

Wahai sahabatku, terimalah takdir Allah dengan redha. Teruskan doamu untuk mencari kebahagian. Jangan malu untuk meminta dari Maha Pencipta kebahagian yang kau cari. Allah akan beri petunjuk untuk hamba-Nya yang sabar dan redha.

0 comments: