Assalamualaikum semua...berjumpa lagi kita di blog ini...kat sini aku nak citer pasal Hotel Sheraton Langkawi masa aku dengan reeza g honeymoon minggu lepas...hotel ini terletak lebih kurang 20 minit - 30 minit dari pekan kuah dan pantai Chenang yang famous tu...agak terpencil tapi lebih 'privacy' berbanding dari hotel-hotel yang lain...hotel ni punya 'service' memang mantap...'efficient'...kalau ada rosak apa-apa atau tetamu nak apa-apa, just call receptionist dan bagi tahu je...they will assist you the best they can...masa check in, kita orang tinggal kan beg kat lobby dan check in...bila da check in pihak hotel akan hantar tetamu ke bilik dengan menggunakan bus pick-up...memang tak kan suruh tetamu berjalan sendiri unless diaorang nak jalan sendiri la...kawasan kat hotel tu macam bukit-bukit jugak...agak mencabar nak jalan kaki rasanya...sekali je aku dengan reeza jalan kaki dari bilik ke lobby hotel lepas tu give up...hehehehe...tapi ok la sebab kawasan sekitar tu sangat teduh dan nyaman sebab penuh dengan pokok-pokok...sangat hijau pemandangan...best
Gambar kat atas ni la bus pick-up hotel Sheraton...dari lobby ke bilik dan dari bilik ke lobby pun boleh...kalau dari bilik just call receptionist kata nak bus pick-up kt bilik kita...dalam masa 5 minit diaorg akan datang pick-up kita...sangat efficient...bagus
Dah sampai kat bilik aku terus kagum dengan kecantikkan bilik tu...bilik superior yang kita orang ambil rasanya...dah lupa la pulak...hehehehe...tapi dalam bilik tu, lantai kayu diaorang pakai...sangat la rasa macam kat kampung je...buka pintu balcony, terus nampak pokok-pokok yang hijau...sangat indah dan nyaman...rasa fresh je...hehehe
Suasana yang dapat tengok dari balcony bilik kita orang...sangat best kan...memang boleh hilang stress tengok benda-benda hijau ni kan...kat balcony ni ada pihak hotel sediakn meja dan kerusi serta kerusi panjang...boleh rehat-rehat sambil nikmati keindahan alam yang hijau...best
Ni la kerusi panjang yang ada juga kat balcony tu selain dari meja dan kerusi yang kat gambar atas tadi tu
Yang ni pula gambar dari luar bilik kita orang dari jalan yang bus pick-up tu drop kita orang
Katil king yang kita orang ambil...memang besar la kan...sangat selesa...bantal selimut semua specially made to Sheraton hotel...hehehe...memang gah la hotel ni
yang ni ruang rehat kat dalam bilik tu la
ni bath tub...besar dan best
ni kat dalam toilet...segala kelengkapan mandian memang lengkap la...tuala, shower gel, shampoo, conditioner, lotion dan hair dryer...dalam bilik air pun ada shower selain dari bath tub dan ada squating water closet...so, memang sangat selesa
yang ni shower room yang kat dalam toilet
Almari pakaian ada 2...ada iron board dan iron juga...laundry bag juga disediakn...refreshment macam teh dan kopi tu pun ada diberi oleh pihak hotel..biasa la tu kan..hehehe
ni kat area swimming pool hotel...kerusi rehat kat pool ni sume menghadap ke laut...nyaman je...masa aku ngan reeza g ke pool ni...baru lepas hujan sebab tu lantai tu basah je kan...hehehe
ni view laut yang kat depan pool tu...kawasan pantai sheraton ni banyak batu-batu...bagi yang suka nak bergambar ngan batu tu...sangat la sesuai tempat ni
yang ni view dari pantai...jambatan kayu tu pihak hotel punya...bagi yang tak nak jalan kat pantai boleh pakai jambatan kayu tu je kalau nak tengok laut
yang ni view laut dari sea view punya side hotel...macam bilik aku tadi garden view sebab tu nampak pokok-pokok yang banyak...yang view sebelah sini mahal sikit...hehehe...biasalah tu kan
View ni dari lobby hotel...menarik kan...hehehe
kat hotel ni juga disediakan macam-macam kemudahan lain seperti gym, sauna, jacuzzi, aktiviti berbasikal...kalau nak naik basikal rm10 sejam...tapi untuk gym, sauna dan jacuzzi...percuma untuk tetamu yang menginap kat hotel ni...penunjuk arah kiblat pun ada...kalau nak sejadah nak sembahyang pun boleh minta je kat receptionist...pihak hotel akan hantar ke bilik kita
Perkhdmatan yang bagus dan terbaik...berbaloi kalau nak menginap disini untuk berbulan madu atau bercuti untuk mehilangkan tekanan kerja...hehehehehe
0 comments:
Post a Comment