Wedding Photgrapher

Saturday, June 25, 2011

Boleh view and call person in charge...just click kat link tu...thank you :)

http://bonafidelensa.blogspot.com/

Hotel Sheraton, Langkawi

Assalamualaikum semua...berjumpa lagi kita di blog ini...kat sini aku nak citer pasal Hotel Sheraton Langkawi masa aku dengan reeza g honeymoon minggu lepas...hotel ini terletak lebih kurang 20 minit - 30 minit dari pekan kuah dan pantai Chenang yang famous tu...agak terpencil tapi lebih 'privacy' berbanding dari hotel-hotel yang lain...hotel ni punya 'service' memang mantap...'efficient'...kalau ada rosak apa-apa atau tetamu nak apa-apa, just call receptionist dan bagi tahu je...they will assist you the best they can...masa check in, kita orang tinggal kan beg kat lobby dan check in...bila da check in pihak hotel akan hantar tetamu ke bilik dengan menggunakan bus pick-up...memang tak kan suruh tetamu berjalan sendiri unless diaorang nak jalan sendiri la...kawasan kat hotel tu macam bukit-bukit jugak...agak mencabar nak jalan kaki rasanya...sekali je aku dengan reeza jalan kaki dari bilik ke lobby hotel lepas tu give up...hehehehe...tapi ok la sebab kawasan sekitar tu sangat teduh dan nyaman sebab penuh dengan pokok-pokok...sangat hijau pemandangan...best



Gambar kat atas ni la bus pick-up hotel Sheraton...dari lobby ke bilik dan dari bilik ke lobby pun boleh...kalau dari bilik just call receptionist kata nak bus pick-up kt bilik kita...dalam masa 5 minit diaorg akan datang pick-up kita...sangat efficient...bagus

Dah sampai kat bilik aku terus kagum dengan kecantikkan bilik tu...bilik superior yang kita orang ambil rasanya...dah lupa la pulak...hehehehe...tapi dalam bilik tu, lantai kayu diaorang pakai...sangat la rasa macam kat kampung je...buka pintu balcony, terus nampak pokok-pokok yang hijau...sangat indah dan nyaman...rasa fresh je...hehehe



Suasana yang dapat tengok dari balcony bilik kita orang...sangat best kan...memang boleh hilang stress tengok benda-benda hijau ni kan...kat balcony ni ada pihak hotel sediakn meja dan kerusi serta kerusi panjang...boleh rehat-rehat sambil nikmati keindahan alam yang hijau...best



Ni la kerusi panjang yang ada juga kat balcony tu selain dari meja dan kerusi yang kat gambar atas tadi tu



Yang ni pula gambar dari luar bilik kita orang dari jalan yang bus pick-up tu drop kita orang



Katil king yang kita orang ambil...memang besar la kan...sangat selesa...bantal selimut semua specially made to Sheraton hotel...hehehe...memang gah la hotel ni



yang ni ruang rehat kat dalam bilik tu la



ni bath tub...besar dan best



ni kat dalam toilet...segala kelengkapan mandian memang lengkap la...tuala, shower gel, shampoo, conditioner, lotion dan hair dryer...dalam bilik air pun ada shower selain dari bath tub dan ada squating water closet...so, memang sangat selesa



yang ni shower room yang kat dalam toilet

Almari pakaian ada 2...ada iron board dan iron juga...laundry bag juga disediakn...refreshment macam teh dan kopi tu pun ada diberi oleh pihak hotel..biasa la tu kan..hehehe



ni kat area swimming pool hotel...kerusi rehat kat pool ni sume menghadap ke laut...nyaman je...masa aku ngan reeza g ke pool ni...baru lepas hujan sebab tu lantai tu basah je kan...hehehe



ni view laut yang kat depan pool tu...kawasan pantai sheraton ni banyak batu-batu...bagi yang suka nak bergambar ngan batu tu...sangat la sesuai tempat ni



yang ni view dari pantai...jambatan kayu tu pihak hotel punya...bagi yang tak nak jalan kat pantai boleh pakai jambatan kayu tu je kalau nak tengok laut



yang ni view laut dari sea view punya side hotel...macam bilik aku tadi garden view sebab tu nampak pokok-pokok yang banyak...yang view sebelah sini mahal sikit...hehehe...biasalah tu kan



View ni dari lobby hotel...menarik kan...hehehe

kat hotel ni juga disediakan macam-macam kemudahan lain seperti gym, sauna, jacuzzi, aktiviti berbasikal...kalau nak naik basikal rm10 sejam...tapi untuk gym, sauna dan jacuzzi...percuma untuk tetamu yang menginap kat hotel ni...penunjuk arah kiblat pun ada...kalau nak sejadah nak sembahyang pun boleh minta je kat receptionist...pihak hotel akan hantar ke bilik kita

Perkhdmatan yang bagus dan terbaik...berbaloi kalau nak menginap disini untuk berbulan madu atau bercuti untuk mehilangkan tekanan kerja...hehehehehe










Our Honeymoon - Langkawi

Friday, June 24, 2011

Assalamualaikum semua...sekali lagi kita bertemu dalam rancangan KETUK SENDUK FIFI...hahahaha...takde makna ketuk senduknya kan...takde kaitan langsung...hehehe...sekarang nak share masa pegi honeymoon pulak...hehehehe...kita orang g ke kota helang atau lebih dikenali LANGKAWI...sesungguhnya kota helang tu nama ciptaan aku...ada kaitan ke ngan langkawi..???...huhuhuhu...hentam saja la labu...hehehehe...seminggu selepas majlis menyambut tetamu kita orang g langkawi untuk berbulan madu....tapi jalan2 dengan shopping je yang banyak...hehehe...ape lagi...gambar la yang banyak kan...sila la tengok untuk hiburan hati korang yang lara tu...hehehe...sila sila....hehehe






Ni kat bawah cable car punya tempat...g jalan2 ngan shopping2 dulu...padahal x shopping ape pun...shopping mata je tengok barang2



Ni gambar masa dalam cable car....Ni masa nak naik ke puncak gunung sana....gunung apa tu...aku pun tak tahu....hehehehe



masa ni da sampai kat puncak gunung tu...ni kat stesen nombor 2...seram jugak naik kereta kabel...aku tak kan naik lagi kot lepas ni...cukup la pengalaman sekali saje...sangat menguji tahap degupan jantung aku ye...terima kasih abang sebab paksa sayang naik...hehehehe








Gambar ni pulak masa naik bot nak g pulau dayang bunting...best naik bos...dapat tengok air laut yang cantik dan best



masa ni da sampai kat pulau tu...kat belakang reeza tu la tasik dayang bunting...ada sejarah tersendiri pasal tasik dayang bunting ni...nak tahu...google je la sendiri ye...aku malas nak cerita kat sini...hehehe...nanti panjang pulak karangan aku ni...hehehehe









yang ni pulak kat pulau beras basah...pulau lain...naik bot pulak dari pulau dayang bunting tu nak g ke pulau ni...sebelum sampai kat pulau ni...kita orang ada singgah kat pulau singa besar tapi tak turun dari bot...kita orang duduk dalam bot je tengok orang bagi makan burung helang...besar2 burung helang kat sana...tapi ada ke burung helang kecik...hehehe...first time tengok burung helang tengah makan secara live...hehehe...pengalaman yang best



masa ni tangan reeza gatal nak tulis atas pasir kat pulau beras basah tu...hehehe...romantik la konon...hehehe...i love you so much abang...hehehe...nanti kita g lagi ye...tapi kita g untuk shopping je ye...hehehe...ENJOY...!!!!

Sungai Petani Reception on 9th of June 2011

Assalamualaikum semua
Sekarang aku nak update gamgar dan cerita semasa majlis menyambut menantu di Sungai Petani, Kedah. Majlis diadakan pada hari khamis 9 Jun 2011. Pada hari tu, pukul 10 pagi aku da gerak ke kedai mak andam untuk makeup. Tengoklah hasilnya, sangat memuaskan hati aku. Alhamdulillah. Berbaloi-baloi. Hehehe. Kat Kedah punya majlis takde warna tema, so suamiku a.k.a reeza :) telah memilih warna kelabu untuk pakaian pengantin kami. Rombongan pengantin sampai kat rumah pengantin lelaki pada pukul 1 petang. Alhamdulillah tetamu yang hadir memeriahkan majlis pun ramai. Terima kasih kepada semua tetamu. Semoga Allah merahmati anda semua. InsyaAllah. So, ni ada beberapa gambar untuk tatapan kawan-kawan semua. ENJOY...!!!







Ni family aku yang ikut rombongan menyambut tetamu di Sungai Petani. Mak aku yang pakai jubah pink berdiri sebelah aku tu.


Ni pula, family sebelah reeza, mama yang pakai tudung pink berdiri sebelah reeza tu.








Ni kat sawah padi ntah siapa punya, kita orang main redah je nak amik gambar. Terima kasih tuan tanah. :)








Ni kat dalam bilik pengantin. Background hijau memang sangat best.


Yang ni gambar yang paling aku suka. So nice. Macam terasa diriku begitu cantik. Hahaha.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang menyokong aku. Hahaha. Macam Akademi Fantasia pula. Seronok kahwin ni. Jadi, for single out there, silalah kahwin. Hehehe. Bye.




My Wedding : 3rd & 4th of June 2011

Monday, June 20, 2011

Pada 3 Jun 2011 pukul 4 petang terjadinya satu kisah romantik di sebuah kampung dimana seorang gadis yang cantik rupawan telah dikahwinkan dengan jejaka idamannya...hehehe...geli je kan...aku kahawin pada tarikh tu...syukur Alhamdulillah...aku selamat dinikahkan dengan reeza...abg long aku yang nikahkan...ambil tanggungjawab arwah papa yang selama ni papa yang kahwinkan semua anak perempuannya...tak pernah lagi papa hand over ke wali hakim...Alhamdulillah

Gambar kat bawah ni masa reeza tengah akad nikah...yang jadi saksi masa ni abg nuar (suami sepupu aku) dan ayah de jantan (pakcik aku)...terima kasih...semoga ALLAH merahmati anda semua..InsyaAllah

 


Lepas majlis akad nikah, Kak Shati dan Abg Rizal nak ambil gambar aku dengan reeza...so ni gambar yang kitaorg sempat ambil dan upload kt blog ni...hehehe...aku sangat suka dengan hasil karya akak dan abg ipar aku ni...sangatlah cantik...terima kasih semua...i love you both...

 






Gambar kat bawah ni gambar kat tepi tingkap dalam bilik aku..hehehe...terasa diriku cantik padahal takde makna nak cantik sangat pun...hehehe




Yang kat bawah ni da gambar outdoor da...g ambil gambar kat tasik temerloh...yang ni masa lepas majlis bersanding hari sabtu 4 Jun 2011...majlis mula pukul 12 sampai 4 petang...Alhamdulillah...tetamu yang hadir memeriahkan majlis memuaskan..terima kasih kepada semua...hehehe




 Yang ni gambar lepas akad nikah...campur2 blog aku ni...tak teratur langsung...hehehe



  
Gambar kat bawah ni paling aku suka...gaya pose ni aku tiru dalam majalah..nampak cantik masa aku tengok majalah tu..hehehe...nak la try...skali OK...so, yang ni pun aku nk frame juga...hehehe


  
Reeza masa ni sangat la handsome...macam macho je bergambar berpeluk tubuh ni...hehehe...I Love You So Much Abang 




So, ni beberapa gambar masa majlis sebelah perempuan...nanti aku upload majlis dekat Sg. Petani Kedah pulak..hehehe

Harap korang ENJOY...!!!