Cinta perlu romantik ke..???

Sunday, November 21, 2010

Cinta...???...Romantik...???...

Yg mane satu yg penting...hmmm...sesetgh wanita suka lelaki yg romantik...sesetghnya tidak...jika seorg wanita yg berjiwa romantik, bila terlihat seorg lelaki membukakn pintu kereta utk girlfren @ isteri @ ibu...dia akn merasakn sgt bertuah utk memiliki lelaki itu...bila tgk tu blh kata tak berpijak di bumi yg nyata la kn...hehehe...tp bg sesetgh wanita yg tak berjiwa romantik, akn merasakn lelaki tu sgt jiwang karat...hahaha...betul x? penah rasa x mcm ni?...hehehe

Romantik ni perlu ke setiap masa atau pd waktu tertentu je...hmmm...bg aku waktu tertentu je kot...baru la manis sebuah hubungan tu...hmmm..tp ianya bergantung pd individu yg mengalami...tp cinta perlu setiap masa...br kukuh sebuah hubungan tu kn...betul x?...hehehe
Kenapa aku tulis entry ni..??..hmmm...pengaruh novel yg aku baca kot...hahaha...jiwa aku bagai dibeterbangan di awan bila baca tentang cinta...kisah2 yg romantik ni...hahaha...ni salah satu kata2 yg aku dpt dr novel yg aku baca...yg aku rasa penuh dgn makna cinta dan romantik...tajuk novel ni hanya kau kusayang, karya Cahaya Izzati....

"Bahagia yang sudah lama tersirat ini,
Akhirnya mampu untuk aku rasai manisnya,
Walaupun sembilu semalam menikam diri,
Tapi selagi ada kau disisiku,
Pasti aku akan bahagia,
Selagi senandung itu miliku,
Akan kukotakan janjiku untuk menemanimu,
Selagi kau cintakan aku
Pasti aku setia meniti hari mendatang,
Bersamamu sang pencinta yang setia.."

semoga anda sume dapat rasa ape itu cinta....hehehe



Karya Kahlil Gibran

Friday, November 12, 2010

Cinta yang agung....adalah ketika kamu menitikkan air mata...dan masih peduli tentangnya

Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu....dan kamu masih menunggunya dengan setia

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain...dan kamu masih bisa tersenyum sembari berkata..."Aku turut berbahagia untukmu"

Apabila cinta tidak berhasil....Bebaskan dirimu

Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya...dan terbang ke alam bebas lagi

Ingatlah...bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya

Tapi...ketika cinta itu mati...kamu tidak perlu mati bersamanya

Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang...melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh....





Geng Sri Comel


Hasil dari kreativiti geng sri comel...aku da cipta satu video...eceh...mcm cipta ape je kn...hahaha...video yg mengisahkn geng sri comel...so, enjoy the video, kawan-kawan....

SAYA SUKA VIDEO INI

Kebahagiaan

Tuesday, November 9, 2010

Apa itu kebahagiaan?
Bagaimana kita mahu kecapi kebahagian?
Dimana kita akan temui kebahagian?
Siapakah yang akan beri kebahagian kepada kita?

Susah untuk mempersoalkan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata yang kasar. Susah untuk membuktikan bagaiman rupa parasa kebahagian itu. Rumit bukan?

Salah satu impian saya adalah untuk mencari kebahagian di dalam hubungan kekeluargaan, dalam hidup berpasangan, dalam kerjaya, dan dalam persahabatan. Alhamdulillah, saya merasai kesemuanya. Berkat kesabaran dan doa, Allah murahkan rezeki saya untuk merasai nikmat Allah yang satu ini.

Lebih utama, ‘karya’ saya ini mengenai mencari kebahagian untuk sahabat-sahabat saya. Siapa saya untuk tentukan kebahagian seseorang, betul tak? Tetapi tidak salah kalau saya mencuba untuk memebantu dan menyatukan sahabat-sahabat saya di dalam mencari kebahagian mereka.

Wahai sahabatku, bukakanlah pintu hatimu untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidupmu. Jika kau masih menunggu seseorang, maka fikirkanlah adakah ianya berbaloi untuk kau terus menunggu. Adakah orang yang ditunggu itu sedang menunggumu juga?

Wahai sahabatku, jika kau mahukan perubahan dalam hidupmu, jangan kau menoleh ke belakang mengenang masa yang telah lalu. Jika kau toleh, langkahmu yang sedang maju akan terhalang oleh tolehanmu. Pesan pada dirimu, jangan toleh ke belakang jika kebahagian yang kau cari. Fikirlah adakah ianya berbaloi untuk kau mengenang masa yang lalu.

Wahai sahabatku, kita merupakan hamba kepada Yang Maha Esa. Jika kita ditimpa masalah ianya adalah dugaan dari-Nya. Maka kepada Allah jugalah untuk kita meminta pertolongan, petunjuk dan perlindungan. Ingatlah wahai sahabat, Allah tidak mengecewakanmu. Malah Allah menyediakan ganjaran yang maha hebat untukmu jika kau tempuhi dugaan-Nya dengan redha, sabar dan tabah.

Wahai sahabatku, kebahagian yang kau cari kadang-kadang bukan yang tersedia ada didepan matamu. Carilah di setiap pelusuk, cari dengan tenang. Kebahagian yang kau cari kadang-kadang ada didepan matamu tanpa kau sedar. Lihat sedalam mungkin, fikir sejauh mungkin, berilah peluang pada dirimu sendiri untuk merasai kebahagian.

Wahai sahabatku, jangan kau tutup pintu hatimu untuk menerima lain daripada yang lain. Jangan kau sempitkan pemikiranmu. Bandingkan masalahmu dengan masalah orang lain. Kelak kau akan dapati, masalahmu tidak seberat yang lain.

Wahai sahabatku, sayangilah dirimu. Ingatlah, dugaan dan ujian yang datang hanyalah untuk menjadikan kau insan yang lebih baik disisi Allah Yang Maha Esa. Pasti ada hikmah diatas dugaan dan ujian yang datang itu.

Wahai sahabatku, terimalah takdir Allah dengan redha. Teruskan doamu untuk mencari kebahagian. Jangan malu untuk meminta dari Maha Pencipta kebahagian yang kau cari. Allah akan beri petunjuk untuk hamba-Nya yang sabar dan redha.

Rawat Hatimu

Monday, November 8, 2010

Wahai hati
Jangan kau biarkan air mataku jatuh lagi dipipiku ini
Jangan kau runsingkan lagi diriku ini
Jangan kau undangkan lagi kesedihan di dalam diriku ini

Wahai hati
Luka yang sudah terjadi di dalam ini akan kukenang
Akan kusimpan menjadi kenanganku masa depan
Sejarah lama akan kusemat di dalam diri ini agar tidak aku ulangi

Wahai hati
Ubatilah kerinduanku itu dengan kalimah Yang Maha Esa
Ubatilah keresahanku ini dengan ayat-ayat doa yang kupohon dari-Nya
Ubatilah kesedihanku ini dengan zikrullah yang kuucapkan

Wahai hati
Sabarlah, tabahkan hatimu
Sesungguhnya cahaya Yang Maha Esa menantimu
Kuatkan semangatmu untuk segala dugaan yang menimpa

Wahai hati
Dugaan yang menimpa hanyalah untuk kau menjadi lebih kuat
Untuk menjadikan kau lebih sabar dan syukur
Sesungguhnya kasih sayang Allah itu datang dari berbagai cara

Wahai hati
Sentiasa bersangka baik dengan rancangan Allah
Jika kau fikir itu yang terbaik, maka Allah akan sediakan yang lebih baik untukmu
Allah tidak sekali mengecewakan hamba-Nya

Wahai hati
Jangan bersedih lagi
Allah sudah pun menghitung air matamu
Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat

Senyumlah Wahai Hati

Thursday, November 4, 2010

Wahai hati…
Senyumlah kau seperti bunga di pagi yang sedang mengembang
Senyumlah kau seperti rama-rama baru keluar dari kepompong
Senyumanmu bagaikan bintang-bintang bekerlipan di langit

Wahai hati…
Tutupilah kerisauanmu dengan senyuman
Tutupilah kerinduanmu dengan gelak tawa
Tutupilah kesunyianmu dengan kenangan terindah

Wahai hati…
Kerisauanmu itu menunjukkan kau mengambil berat tentang dia
Kerinduanmu itu menunjukkan kau menyayangi dia
Kesunyianmu itu menunjukkan kau memerlukan dia

Wahai hati…
Sabarlah dalam menempuhi ujian dan dugaan ini
Usah khuatir usah resah
Tabahkan hatimu kuatkan semangatmu

Wahai hati…
Berkat kesabaranmu akan dibalas satu hari nanti
Kebahagian dan kegembiraan kelak akan menjadi milikmu
Tunggulah dengan penuh keredhaan dan kesabaran

Wahai hati…
Terimalah takdir Yang Maha Esa
Bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh-Nya
Doa dan terus berdoa semoga Allah kurniakan yang terbaik buatmu

Hati Yang Rindu

Wednesday, November 3, 2010

“Hadirlah kasih dipandanganku…agar terusir rindu yang bermukim dihati ini…”…Hanya Kau Kusayangi (Cahaya Izzati)….

Hati ini gundah gulana…tak tahu kenapa…fikiran melayang entah ke mana…kerja di depan mata tak dapat nak fokus…

Rindu yang datang di dalam hati ini mezahirkan kerisauan pada insan yang aku sayang…

Rindu yang datang buat aku fikir yang bukan-bukan…memikirkan perkara yang tak patut aku fikirkan…mainan fikiran saja mungkin…

Rindu yang datang bagaikan beban yang tak dapat aku tanggung lama…air mata aku jatuh kalah dengan perasaan aku sendiri…kuatkah aku untuk menempuh hari-hari yang bakal tiba?...

Perlukah aku tangisi kerinduan ini?…sabarlah wahai hati…ini semua dugaan dari Yang Maha Kuasa…redhalah dengan segalanya…kelak kemudian hari kebahagian dijanjikan padamu…

Kehadiranmu disisi aku dambakan…kaulah cahaya bagiku…sepanjang ketiadaanmu disisi…malap seketika hari-hari ku….

Kepulanganmu aku nanti dengan sabar…mengharapkan kegembiraan aku bersamamu kembali seperti dulu…semoga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat…